everyone can fly…

August 26, 2006

1.penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

2.bekalan kita bukan lagi beg  seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta  kita.

3.bajunya bukan Pierre Cardin,  Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

4.pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan  cendana.

5.pasport kita bukan Malaysia ,  British atau American, tetapi  Al-Islam.

6.visa kita bukan lagi sekadar 6  bulan, tetapi  ’LAILAHHAILALLAH

7.pelayannya bukan pramugari  jelita, tetapi Izrail dan  lain-lain.

8.layanannya dalamnya  bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

9.destinasi mendarat bukannya KLIA,Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah  perkuburan.

10.ruang menunggunya bukan lagi  bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

11.pegawai imegresen bukanlah pihak  Kastam, tetapi adalah Munkar dan  Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang  diidamkan bukan

Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau  Neraka.

12. tidak perlu pegawai kastam dan  alat pengesan. 13. lapangan terbang transit  adalah  Al-Barzakh.

14.destinasi terakhir samada  Syurga yang mengalir  sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

15.Penerbangan ini tidak dinyatakan  nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan  dihabiskan.

16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh  itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak  akan disediakan , oleh itu tak perlu risaukan masalah  alergi atau halal-haram makanan.

17.Jangan risaukan delay,  penerbangan ini sentiasa  tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam  penerbangan, anda telah hilang selera  bersuka-ria.

19.Jangan bimbang tentang tempahan,   ianya telah siap ditempah  sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya…. Berita Baik!!
20.Jangan  bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! ’sekiranya’ anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan  ini datang tanpa ‘amaran’ Cuma perlu ingat!
Nama anda telah ditempah untuk  penerbanganADAKAH KITA TELAH  BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Entry Filed under: Mixx. .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


 

August 2006
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Recent Posts

a

Archives

BloggyCafe'